Kitab al um pdf
Tunggu...link Download akan segera siap!
KITAB AL-UMM – karya agung al-Imam al-Syafi-‘i r.h Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’-‘i ( 150-204H ) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafi-‘i banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafi-‘i, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim ( pendapat lama ) dan Kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid ( pendapat baru ). Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafi-‘i, iaitu; 1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafi-‘i. 2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafi-‘i dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak ( al-imla_i ). 3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafi-‘i berdasarkan syarahan atau pengajaran al-Syafi-‘i. Di mana murid-murid beliau membuat catatan atau nota ketika mendengar kuliahnya, kemudian mereka menyusun kembali catatan tersebut menjadi semua kitab. Kaedah ini banyak dipraktikkan oleh para ulama dahulu dan sekarang. Pada zaman kini, banyak buku-buku yang diterbitkan, setelah diolah dan disusun berdasarkan kuliah atau syarahan para ulama yang terkenal, lalu dinisbahkan kandungan buku tersebut kepada mereka. Sedangkan, mereka sebenarnya tidak pernah menulis buku tersebut. Di antara kitab yang masyhur masa kini yang mengunakan kaedah ini ialah buku-buku yang dinisbahkan kepada al-Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi seperti kitab al-Fatawa dan Tafsir al-Sya’rawi, karya-karya al-Syeikh Abdul ‘Aziz bin Baz dan buku-buku yang dinisbahkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab as-Syafi’-‘i ialah Kitab al-Umm ( Kitab Induk ).